
Pemohon yang nama dimasukkan dalam senarai blacklist CTOS, CCRIS atau Bankrapsi oleh mana–mana bank atau institusi kewangan layak memohon pinjaman mbsb kerana mbsb menawarkan skim yang tidak memeriksa mana-mana badan penilaian kredit untuk maklumat kewangan pemohon. Ini boleh dianggap sebagai pinjaman kecemasan untuk pemohon.
Anda layak memohon pinjman mbsb selagi anda adalah kakitangan kerajaan, badan berkanun (termasuk tentera dan polis diraja malaysia) serta syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).
Apa itu CCRIS

Institusi kewangan selalunya akan menilai tahap kredit anda dengan menganalisa setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Secara amnya, setiap institusi kewangan akan menolak permohonan anda sekiranya di dapati terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran setiap pinjaman. Mereka juga akan menggunakan maklumat bayaran bulanan dan baki pinjaman yang sedia ada di dalam laporan CCRIS untuk mengira berapa banyak komitmen yang anda perlu tanggung setiap bulan. Maklumat ini akan digunakan untuk mengira DSR (Debt Service Ratio) anda setiap bulan. Ada sesetengah institusi kewangan akan menolak permohonan pinjaman perumahan sekiranya DSR berada pada tahap 50% atau lebih, namun tidak semua institusi kewangan begitu.
Anda boleh mendapatkan laporan pinjaman anda dengan mengunjungi BNMLINK di:
Ground Floor, D Block, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: 603-2174-1717)
Fax: 603-2174-1515
E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.my
Untuk maklumat lanjut berkenaan CCRIS layari: http://creditbureau.bnm.gov.my
Apa itu CTOS

Maklumat saman pula selalunya mengandungi butiran terhadap individu dan syarikat dimana saman telah di keluarkan, no pemfailan mahkamah, lokasi pemfailan, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu atau syarikat, jumlah saman (jika ada), no kad pengenalan individu atau syarikat (jika ada) dan tarikh sebut kes di mahkamah.
Anda boleh mendapatkan laporan percuma CTOS dari:
CTOS Sdn Bhd (209649-U)
Unit A-8-4, 8th Floor, Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: 603-2770 8833 Fax: 603-2770 8834
Website: www.ctos.com.my